Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan jamin bekalan ikan musim tengkujuh cukup

4 NOV: Bekalan ikan pada musim tengkujuh dijamin mencukupi untuk pasaran tempatan.

Timbalan Menteria Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan hampir 200 tan metrik stok ikan bagi memenuhi permintaan pengguna dalam musim berkenaan.

“Selain stok tersebut, kita juga akan mengimport ikan dari Bangladesh, Indonesia, Thailand dan Vietnam bagi mengelakkan krisis bekalan ikan.

“Pada masa sama, kerajaan mempunyai polisi import yang sangat fleksibel yang mana kita mahu melindungi pengeluaran tempatan serta memastikan keperluan pengguna dapat dipenuhi,” katanya hari ini.

Tajuddin berkata demikian selepas  menghadiri program Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan Kuala Kedah dan Penyampaian Bantuan Sara Hidup di Kompleks LKIM di Alor Setar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 November 2017 4:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: