Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan kaji luaskan BR1M dan gaji selaras kos sara hidup

21 DIS: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diperluas kepada lebih banyak kumpulan sasar supaya boleh memberi manfaat lebih tinggi kepada rakyat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelaksanaan tersebut sedang dalam kajian di bawah pembentukan satu model baharu yang dihubungkan dengan langkah rasionalisasi subsidi kerajaan.

brim“Pada masa ini kita sedang melihat seluruh bentuk langkah rasionalisasi subsidi ini kepada satu bentuk model baharu bagaimana untuk dikaitkan dengan Br1M.

“Model itu boleh memberi manfaat lebih tinggi berbanding sekarang ini dan kita sedang buat kajian yang dijangka selesai tidak lama lagi dan kita percaya ia boleh diperluas kepada lebih kumpulan sasar,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Waqaf serta menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penubuhan Pusat Penyelidikan Waqaf Antarabangsa, anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di ibu negara Sabtu.

Husni Hanadzlah

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Selain itu, kerajaan juga sedang mengkaji beberapa langkah dalam usaha memastikan kadar gaji rakyat selari dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kata Ahmad Husni.

“Kajian mengenainya sedang berjalan dan Insyaallah pada Januari (2014), keputusan akan diperoleh dan dari situ kita akan putuskan langkah mana yang akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawap soalan mengenai rungutan rakyat tentang kenaikan kos sara hidup yang dilihat tidak seiring dengan pendapatan mereka.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 December 2013 3:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: