Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan kaji mahkamah tempatkan Akta Jenayah Kanak-Kanak

13 MEI: Kerajaan akan mengkaji dimana mahkamah yang perlu dibuka bagi membicarakan secara khusus mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Menurut Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Azalina Othman, setakat ini perbincangan telah dibuat dengan Ketua Hakim Negara dan akta tersebut akan ditempatkan di Putrajaya terlebih dahulu.

Ia kemudiannya akan ditetapkan secara muktamad selepas dibentang dalam mesyuarat kabinet tidak lama lagi.

“Mahkamah akan bermula pada bulan Jun dan selepas itu kerajaan akan mengkaji dimana mahkamah yang perlu dibuka, lepas bincang dengan Ketua Hakim ia akan dibuka di Putrajaya dulu.

“Cuma apa yang kita dah putuskan masalah melibatkan jenayah seksual kanak-kanak ini akan diselesaikan dalam masa setahun, dan kita nak semua pihak diberi kefahaman betul-betul tentang akta ini, sebab itu kita agak ‘strict’ dan kerajaan takkan berkompromi dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan kursus Offences Against Children yang berkaitan dengan Perlaksanaan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 di Bangi, Sabtu.

Tambah Azalina, beliau juga kini dalam usaha untuk menetapkan jenayah tersebut di dalam satu akta dan akan dibincangkan dalam satu mahkamah khas.

“Kita tak nak mahkamah ni wujud dari segi pentadbiran. Kita nak ada dalam bentuk akta. Kita tak nak bila tak ada dinyatakan dalam akta, ia akan pergi ke mana-mana jenayah.

“Sebab itu kita akan bentang di kabinet tentang kewujudan mahkamah ni, sama ada nak wujudkan akta seksual ni dalam mahkamah khusus di bawah akta apa. Ini yang kita akan bincangkan,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Azalina dalam masa yang sama turut menjelaskan yang pihaknya memerlukan individu yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang tersebut, bukan secara am.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 May 2017 8:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: