Kategori Berita Utama

Kerajaan kaji pasang kamera kawal hadlaju bas

26 OKT: Kerajaan sedang mengkaji untuk memasang kamera serta sistem ‘On-Board Dignostic (OBD)’ dalam bas awam di negara ini untuk memantau kelajuan kenderaan berkenaan semasa berada di jalanraya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan pemasangan peranti tersebut adalah salah satu langkah berkesan bagi mengekang kemalangan ngeri seperti yang berlaku di Genting Highlands dan Pagoh berulang lagi.

Beliau juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa pada ketika ini, kamara hanya dipasang di bahagian penumpang sahaja.

“Tetapi kali ini kita akan mengkaji untuk memasang kamera serta peranti OBD sebagai pemantau kelajuan di bahagian pemandu dan kita boleh pantau sikap pemandu dengan lebih berkesan.

“Selain daripada itu, pemandu bas juga perlu mematuhi semua undang-undang di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui pemeriksaan kesihatan berkala untuk membaharui lesen.

Tiong Lai  yang juga Ahli Parlimen Bentong berkata demikian bagi menjawab soalan berkenaan kaedah membendung tragedi kemalangan bas yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Latiff Ahmad, Khamis.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan sudah mewajibkan semua bas ekspress dan bas persiaran memasang alat khas kawalan had laju ‘speed limiter’ bagi mengawal dan mematuhi had kelajuan yang ditetapkan.

Tiong Lai (foto) berkata pemasangan peranti itu juga tidak boleh lagi dikecualikan dan perlu dilaksanakan serta merta.

Menurutnya lagi semua bas baharu akan diwajibkan untuk memasang peralatan berkenan dan  bas yang sedia ada juga perlu dipasang secara berperingkat dalam tempoh masa yang terdekat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 October 2017 12:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: