Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan kaji tambah kouta pelajar India di martikulasi

24 MAC: Kerajaan sedang meneliti perancangan untuk untuk menambah bilangan pelajar kaum India di kolej matrikulasi dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ia disebabkan kemasukan pelajar kaum untuk pengajian peringkat tinggi belum mencapai sasaran tujuh peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) menyampaikan cek sumbangan Yayasan myNADI kepada Pengerusi Dewan Ghandi Sungai Petani A Balan Nair (dua, kiri) dan Pengerusi Pembinaan Dewan Ghandi Sham S Ratnani (dua, kanan) di Putrajaya

“Di bawah kepimpinan sekarang, kerajaan akan terus membantu masyarakat India untuk berada di  tempat yang sewajarnya di negara ini.

“Oleh itu, kerajaan sedang mengkaji tambah bidang atau tempat matrikulasi supaya bilangan kaum berkenaan ditambah. Kita berharap boleh mencapai sasaran ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Yayasan MyNadi di Putrajaya hari ini.

Turut hadir Pengerusi Yayasan MyNadi, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai.

Sementara itu, Najib berkata 100,000 isi rumah masyarakat India kumpulan berpendapatan dalam kelompok B40 berpeluang menyertai skim pelaburan khusus dalam Amanah Saham 1Malaysia (A1SM) yang dilancarkan pada 7 April ini.

“Setakat ini, 411.14 juta unit saham sudah dilanggan masyarakat India melalui pengagihan khas 1.5 bilion unit tambahan A1SM untuk masyarakat kaum India yang dibuka pada 29 Januari lalu.

“Pengumuman lanjut akan dibuat pada tarikh tersebut,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 March 2018 2:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: