Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan Kedah sokong tubuh RCI Memali

13 JAN: Kerajaan Kedah menyokong penubuhan Jawatankuasa Siasatan Diraja (RCI) Memali bagi menyiasat peristiwa berdarah yang mengakibatkan 18 terbunuh, termasuk empat anggota polis pada 33 tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerajaan negeri juga bersedia membantu dalam penyiasatan itu kerana tragedi itu berlaku di Baling.

Beliau  berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Lot 1105 dan 1106 bagi projek perumahan milik Syarikat SK Grand Development di Mukim Langgar di Alor Setar, hari ini.

Sebelum ini, terdapat gesaan dari keluarga mangsa tragedi serta yang mahukan RCI Memali ditubuhkan.

Dalam pada itu, kerajaan Kedah menyasarkan untuk menyediakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di semua 36 kawasan DUN di negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya berjaya meneruskan tampuk pemerintahan.

Setakat ini tujuh kawasan DUN sudah mempunyai projek PPR iaitu Kota Setar, Kuala Nerang, Ayer Hitam, Kepala Batas, Bakar Bata, Kuah dan Ayer Hangat di Langkawi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 10:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: