Kategori Berita Utama

Kerajaan kekalkan agenda Bumiputera jika diberi mandat PRU14

30 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk mengekalkan agenda Bumiputera Nasional sebagai tiang tunggak dasar negara jika terus diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya pendirian UMNO BN itu bertentangan dengan PH yang tidak meletakkan keutamaan kepada agenda Bumiputera dimana janji dalam manifestonya diletakkan pada janji 30 tentang ekonomi bumiputera.

“Saya telah meneliti manifesto pihak di sebelah sana. Manifesto mereka ini, mengandungi 60 janji. Tetapi hanya satu janji yang menyebut perkataan ekonomi bumiputera, bukan janji nombor 1, 10 atau 20 tapi janji nombor 30.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama usahawan pada program Sembang Petang bersama Perdana Menteri pada Majlis Himpunan Usahawan Bumiutera (HUB) 2018 di Stadium Axiata, Bukit Jalil

“Saya belek lagi janji ini, ianya tidak ada mengandungi apa-apa kandungan substantif untuk menegakkan, meneguhkan pembangunan ekonomi bumiputera secara tuntas mahupun tegas.

“Paling kuat mereka hanya berjanji membentangkan laporan di Parlimen mengenai jumlah pegangan ekuiti Melayu dan Bumiputera. Itu sahaja. Apa yang kaum Bumiputera dapat dari perbuatan ini?

“Yang lain dalam janji itu dah semua kami kerajaan BN buat. Itulah betapa ambil mudahnya pihak di sebelah sana memandang agenda Bumiputera,” katanya ketika berucap sempena Himpunan Usahawan Bumiputera-sesi Sembang bersama Perdana Menteri di Bukit Jalil, Jumaat.

Tambah Najib lagi, pengukuhan ekonomi Bumiputera adalah menjadi komitmennya bagi menyambung legasi yang dimulakan oleh ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak dalam Dasar Ekonomi Baru.

“Adalah dasar asas kerajaan UMNO dan BN untuk membela nasib ekonomi kaum Bumiputera. Kesungguhan kami dalam perjuangan keramat ini bermula dengan Dasar Ekonomi Baru yang digubal hampir 50 tahun dulu.

“Sejak saya mula diberi amanah memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009, saya bertekad meneruskan warisan murni ayahanda saya, bapa Dasar Ekonomi Baru, ” ujarnya lagi.

8 Mac lalu, PH melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.

Ia terangkum dalam 5 teras utama Buku Harapan yang dilancarkan calon perdana menteri PH Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvesyen Ideal, Shah Alam di hadapan pimpinan PPBM, DAP, PKR dan PAN dan lebih 1,000 yang hadir.

Merujuk kepada manifesto nombor 30, PH menjanjikan memajukan ekonomi Bumiputera dan semua rakyat berbilang bangsa.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 March 2018 7:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: