Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan komited gaji minimum mulai 2014

kerajaan yakin semua majikan di negara ini akan melaksanakan gaji minimum sepenuhnya mulai 1 Januari 2014, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Mutallib.

Ismail berkata, kerajaan sedang menjalankan suatu kajian impak pelaksanaan gaji minimum melalui perbincangan dengan kumpulan sasaran dan kajian bersama majikan di seluruh negara.

Jelas beliau, kajian tersebut dijalankan kerana kerajaan perlu mengambil kira kemampuan majikan-majikan kecil dan juga untuk memberi lebih masa kepada mereka untuk memulakan pembayaran gaji minimum.

Justeru itu, kerajaan telah membuka permohonan penundaan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012.

“Permohonan penundaan dibuka bagi memberi ruang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memerlukan masa bagi menstruktur operasi dan kerugian mereka.

“Untuk penundaan PKS ini, sebanyak 110 PKS diluluskan dan susulan itu, kerajaan turut memberi kelulusan secara blanket untuk PKS yang menggajikan pekerja asing sehingga 31 Disember 2013,” kata beliau dalam persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, Isnin.

tiongBeliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang ingin tahu rancangan Kementerian Sumber Manusia untuk membantu syarikat PKS dalam melaksanakan gaji minimum.

Bagi majikan PKS yang melaksanakan gaji minimum, Ismail berkata kerajaan telah membuat beberapa perubahan dasar seperti pembayaran levi oleh pekerja asing dan memberi kebenaran kepada majikan untuk membaut pemotongan gaji secara blanketbagi kemudahan perumahan yang diberikan dengan kadar maksimum potongan RM50 sebulan.

Selain itu, tambah Ismail, kerajaan dalam peringkat merangka insentif bersesuaian untuk pembangunan automasi dan mekanimasi bagi meningkatkan produktiviti dan nilai rantaian pengeluaran dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

“Satu bengkel dijadualkan diadakan pada pertengahan bulan Oktober 2013 ini oleh pihak PEMANDU bagi merangka insentif yang bersesuaian bagi meningkatkan rantaian pengeluaran dan meluaskan pasaran serta daya saing PKS diperingkat global,” katannya. -30/9/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 September 2013 8:37 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: