Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan komited tambah baik sekolah aliran Tamil

30 JUN: Pembangunan pesat sekolah Tamil di seluruh negara membukti komitmen kerajaan dalam memastikan kualiti pendidikan aliran berkenaan berada pada tahap tertinggi.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata sokongan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membolehkan pembangunan sistem pendidikan sekolah Tamil dirangka secara lebih holistik.

“Dahulu masyarakat golongan pertengahan selalu mengabaikan sekolah Tamil. Mereka menganggap mutu pendidikan sekolah Tamil rendah dan tidak berkualiti.

“Kini dengan pembinaan lebih banyak sekolah Tamil terutamanya di kawasan penempatan golongan pertengahan, ia akan meningkatkan keyakinan dan mengubah persepsi masyarakat terhadap mutu pendidikan sekolah aliran berkenan,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Mahkota Cheras hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S  K Devamany.

Dibina dengan kos keseluruhan RM21.08 juta melalui peruntukkan Kementerian Pendidikan Malaysia, SJKT Bandar Mahkota Cheras yang dijangka siap dibina pada suku ketiga tahun depan akan menjadi sekolah Tamil yang ke-99 di Selangor dan ke-527 di Malaysia.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata sekolah Tamil juga perlu memberikan tumpuan terhadap pencapaian dalam pelbagai bidang, termasuk mengurangkan tahap keciciran dalam kalangan pelajar serta galakan kepada ibubapa menjadikan sekolah itu sebagai sekolah pilihan anak mereka

Pada Januari 2012, Perdana Menteri mengumumkan kesediaan kerajaan untuk membina enam SJKT baharu di Malaysia iaitu SJKT Taman Keladi di Sungai Petani, SJKT Heawood di Sungai Siput, SJKT Taman Sentosa di Klang, SJKT Taman PJS1 di Petaling Jaya, SJKT Bandar Mahkota Cheras dan SJKT Bandar Seri Alam di Johor.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 June 2017 9:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: