Kategori Berita Utama

Kerajaan konsisten bantu peneroka, bukan 1 kejutan

18 JULAI : FELDA bersama kerajaan konsisten daripada awal untuk membuat penambahbaikan secara berterusan sebagai langkah prihatin terhadap peneroka Felda.

Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata ia bukan dikira sebagai satu sogokan lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, namun ia merupakan tanggungjawab kerajaan serta pihak terbabit dalam menjaga kebajikan peneroka Felda tersebut.

“Ini bukan kejutan, kita konsisten daripada dulu apa yang kerajaan lakukan kepada pihak peneroka, tak putus-putus. Ia hanyalah penambahbaikan yang berlaku.

“Dalam keadaan bila masa mula-mula Felda bertanggujawab bersama JKR buat jalan, sekarang kita berhadapan termasuk pada 1 kerajaan Felda dalam Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris). Seluruh jalan Felda di bawah Marris itulah penambahbaikan yang kita lakukan sesuai dengan kemajuan negara.

“Kalau dulu Felda hanyalah satu rancangan, penempatan peneroka, bila negara dah maju kampung jadi pekan, kawasan pentadbiran makin meluas, perubahan dan pendekatan sama berubah.

“Seperti PM umum lampu jalan juga sama-sama melibatkan lampu jalan bagi kawasan Felda. Ini yang kita lakukan, kerajaan dan kita makin lama makin berubah, makin bertambah maju dari segi bandar dan luar bandar, kalau dulu rancangan Felda terpinggir jauh tapi sekarang kena tambah baik sistem penyampaian kepada semua rakyat Malaysia termasuk warga Felda,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka akan membawa berita gembira buat warga Felda semasa perasmian sambutan Hari Peneroka Felda 2017 di Putrajaya, Ahad ini.

Najib berkata pengumuman tersebut antara lain akan menyentuh mengenai langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan golongan peneroka Felda.

“Saya percaya perdana menteri akan mengumumkan beberapa kaedah untuk menangani masalah beban yang dihadapi peneroka ,” kata Najib dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama News Channel (BNC) sempena sambutan ’Ekspresi Negaraku Felda Malaysia’ di Putrajaya, bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Dalam masa yang sama, Shahrir menjelaskan  menegaskan kerajaan tidak akan berhenti membantu warga Felda sebagai menghargai sumbangan mereka dalam memajukan industri komoditi utama negara.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 July 2017 5:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: