Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan Melaka tolak keras acara Jerusalem’s Jubilee

5 JUN: Kerajaan Melaka tidak pernah menerima permohonan penganjuran ‘Himpunan Jerusalem’s Jubilee’ yang dijadual diadakan di negeri ini pada 15 hingga 18 Jun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, dalam nada tegas turut menolak sekeras-kerasnya cubaan pihak tertentu untuk menjadikan negeri ini sebagai lokasi penganjuran sebuah perhimpunan yang dibimbangi boleh menggugat kestabilan dan keharmonian kaum di negara ini.

“Kita sedia maklum mengenai penyebaran mengenai Himpunan Jerusalem’s Jubilee yang dilaporkan akan diadakan di Melaka.

“Untuk maklumat, kerajaan negeri tidak pernah menerima (permohonan), apatah lagi hendak meluluskan,” katanya ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-13 di Seri Negeri.

Sementara itu, Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berkata kerajaan negeri tidak pernah memberi sebarang kebenaran kepada sebuah badan bukan kerajaan Kristian untuk menganjurkan program perhimpunan tersebut.

Katanya tidak menjadi suatu kesalahan mengadakan sesuatu rutin keagamaan di rumah ibadat masing-masing, namun perhimpunan itu adalah agenda meraikan kemenangan Yahudi menawan semula Jerusalem pada 1967.

Beliau berkata perhimpunan itu jelas tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam serta Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini.

“Saya menyeru kepada masyarakat Islam agar tidak menyertai dan tertipu dengan program ini, dan berhati-hati dengan agenda untuk memecah-belahkan umat Islam,” kata Abdul Halim lagi.

Semalam, tersebar tular satu risalah penganjuran program himpunan Jubli Jerusalem menerusi media sosial yang dirancang bakal diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) Melaka pada 15 hingga 18 Jun depan.

Jerusalem’s Jubilee ialah acara sambutan kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam perang enam hari pada 1967 dan sempena tahun ke-50 itu, ia diangkat sebagai Hari Kebangsaan Israel dan Kristian Evangelis.

Penganjuran acara yang juga disebut sebagai AMGGRC itu turut dikecam hebat oleh pihak UMNO dan PAS Melaka di sebalik sokongan kuat beberapa pemimpin Pakatan Harapan khasnya DAP.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 June 2017 7:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: