Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan negeri perlu kawal status tanah pertanian

1 NOV: Kerajaan negeri diminta untuk mengawal tanah pertanian yang banyak statusnya ditukar kepada pembangunan.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, tanah pertanian dilihat kini semakin berkurangan sekaligus matlamat untuk merancakkan pertumbuhan pendapatan petani kepada RM4,000 sebulan tidak akan mampu dicapai.

“Tanah pertanian berada di bawah kuasa kerajaan negeri, kementerian tak ada kuasa untuk tahan pertukaran dari pertanian kepada pembangunan.

“Apa pun tindakan yang diambil mestilah kawasan pertanian tidak berkurangan, takut akan jejaskan unjuran pendapatan petani yang masih kurang sehingga hari ini,” katanya bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat, Selasa.

Terdahulu, Shabudin meminta kementerian menyatakan sejauh mana program Gelombang Tani Nasional (GTN) telah Berjaya meningkatkan tahap sara diri petani serta apakah langkah transformasi kementerian dalam mempromosi sector pertanian setempat sebagai agro pelancongan.

Tajudin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak turut berkata setakat ini purata pendapatan petani masih rendah iaitu RM1,000 sehingga RM2,000 sebulan.

Jumlah itu jelasnya lagi memang tidak mencukupi untuk menyediakan keperluan kehidupan untuk perbelanjaan mereka.

“Mereka perlu tingkatkan pendapatan selaras dengan matlamat kerajaan pada 2020 supaya Malaysia akan jadi negara maju pendapatan tinggi iaitu RM45 ribu setahun, kira-kira RM4,000 sebulan. Kalau dilihat ia masih lagi jauh dari sasaran.

“Sebab itu maka kita ingin melihat petani kita mengejar kemajuan pembangunan ekonomi supaya sama perolehi macam mana yang disasarkan,” ujarnya.

Tambah Tajudin, kerajaan juga tidak dapat menambah sebarang peruntukan untuk petani kerana ingin melihat perkembangan program GTN yang dilaksanakan beberapa bulan lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 November 2017 11:39 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: