Kategori Berita Utama

Kerajaan pastikan masa hadapan terbaik kepada generasi muda

26 MEI: Setiap generasi muda digesa untuk tidak memperkecilkan kemampuan negara kerana peluang besar terhidang kepada mereka untuk mencipta jalan kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan.

Sebaliknya menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, generasi muda perlu fokus untuk mencipta kejayaan pada masa hadapan dan tugas kerajaan hanyalah memastikan dan menyediakan masa hadapan yang terjamin dan gemilang pada generasi muda sekarang.

“Jangan sesekali mengecam dan menjatuhkan negara kita sedangkan kita mempunyai kekuatan untuk mencipta kejayaan dan menjadikan negara kita terbaik pada masa hadapan.

“Langkah terbaik ialah mulakan dari sekarang bersama dengan generasi muda. Ini kerana merekalah yang akan menentukan masa hadapan kita dan tugas kerajaan menyediakan masa hadapan yang terbaik kepada mereka,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Kumpulan Masa Depan TN50 di Bukit Kiara Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Najib juga telah merasmikan pelancaran Logo TN50 dan menyampaikan hadiah kepada lima pemenang yang menyumbangkan idea logo tersebut.

Turut hadir adalah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Terdahulu Najib telah meluangkan masa dengan lima Kumpulan Masa Depan TN50 membincangkan topik-topik utama hasil daripada aspirasi belia yang telah dikumpul sejak pelancaran TN50 19 Januari lalu.

Topik-topik yang menjadi tumpuan ialah ekonomi dan pekerjaan, kehidupan dan kesejahteraan, tadbir urus, gaya hidup dan masyarakat.

Menurut Najib, visi TN50 ialah untuk meletakkan negara berada dalam kalangan 20 negara maju menjadi tidak mustahil dicapai dengan persediaan dan perancangan yang telah dirangka oleh Kumpulan Masa Depan TN50 ini.

“Saya berasa begitu teruja hari ini dan sungguh berinspirasi kerana melihat idea yang dicetuskan terus berkembang di depan mata.

“Secara jujur, saya tak terfkir ia akan jadi satu perkara yang begitu meluas sambutannya dan alhamdulillah di mana usaha saudara Khairy Jamaluddin menjadikan idea yang dimulakan menjadi satu langkah yang menjadi agenda negara

“Saya fikir pasal cetuskan idea supaya kita adakan satu dialog kebangsaan dan mahu kita dapat fikir tentang halatuju negara dalam menentukan masah hadapan kita, apa yang kita mahukan dan apa aspirasi kita sebenarnya,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, mulai Mei hingga September, Ahli Kumpulan Masa Depan TN50 ini akan giat menterjemah aspirasi keoada cadangan dan sasaran hala tuju negara dari perspektif belia.

Katanya, cadangan itu akan menjadi Laporan Aspirasi Belia akhir tahun ini dan bakal menjadi input kepada penggubalan dokumen visit dan dasar TN50 kerajaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 May 2017 7:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: