Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan Perak sumbang 341 lembu korban

Menjelang sambutan hari Raya Haji atau Aidil Adha pada 15 Oktober ini, ada berita baik buat rakyat diseluruh negeri Perak.

Kerajaan negeri menyumbang 341 ekor lembu dengan nilai RM1,022,000 yang disumbangkan pelbagai agensi kerajaan.

Program yang dipanggil korban perdana ini merupakan julung kali diadakan dalam skala yang begini besar.

Majlis pengagihan serta penyampaian berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir di Ipoh baru-baru ini.

lembukorban Bagi mematuhi hukum syarak, majlis akad sumbangan dilakukan Dr.Zambry dengan para penyumbang seperti Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), Lembaga Air Perak (LAP) dan Menteri Besar Inc.

Lain-lain agensi kerajaan terbabit majlis korban mega ini ialah Invest Perak, Yayasan Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan KPerak.

Lebih bermakna sumbangan itu kemudiannya diserahkan kepada wakil-wakil rakyat  atau wakil masing-masing bagi diagih-agihkan pula di kawasan mereka.

Dalam majlis ringkas di kediaman rasmi Menteri Besar itu, kira-kira 100 pelajar Maahad Tahfiz diundang dan hadirin dipersembahkan dengan nyanyian nasyid oleh kumpulan As-Sohabah yang mewakili Sekolah Maahad Tahfiz Al-Ansori.-8/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 October 2013 1:53 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: