Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan percepatkan pelantikan ahli kabinet

16 MEI: Kerajaan akan mempercepatkan pelantikan 10 menteri Kabinet bagi membolehkan majlis angkat sumpah dan persidangan Dewan Rakyat diadakan secepat mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata fasa pertama penubuhan kerajaan melibatkan pelantikan 10 menteri Kabinet diharap dapat diumumkan pada minggu ini supaya tugas kerajaan boleh dijalankan termasuk mesyuarat Kabinet.

“Kerajaan boleh mengadakan mesyuarat Kabinet dengan 10 orang ini sahaja sementara kita isi 15 tempat lagi supaya kita dapat Kabinet penuh melibatkan 25 kementerian.

“Oleh kerana kita akan memakan masa, ada keperluan untuk kita mengadakan mesyuarat Parlimen secepat mungkin, jadi kita akan cuba percepatkan proses persidangan Dewan Rakyat dan angkat sumpah,” katanya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 5:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: