Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan pergiat usaha tingkatkan jumlah usahawan bumiputera

14 MAC: Jumlah golongan bumiputera yang terlibat dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkat kepada 39.1 peratus pada 2016 daripada 35 peratus pada 2005.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, 39.1 peratus itu adalah meliputi 354, 699 entiti perniagaan daripada jumlah keseluruhan 907,065.

Sehubungan itu kerajaan perlu mempergiat usaha lagi untuk meningkatkan jumlah tersebut bagi membina bangsa usahawan selaras dengan Agenda Nasional yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pada Januari 2018, sebanyak RM124.6 billion nilai keseluruhan limpahan ekonomi meliputi pelbagai program pembiayaan modal insan yang terkumpul setakat ini, angka nampak besar, tapi daripada 39.1 peratus entiti perniagaan bumiputera, banyak lagi usaha yang kita perlu lakukan.

“Segala usaha kita ini menjadikan agenda bumiputera menjadi agenda nasional untuk tidak menyisihkan anggota masyarakat, bumiputera kita ada 68 eratus penduduk dalam negara dan pemilikan entiti perniagaan baru 39 peratus sahaja, namun ia tetap meningkat,” katanya bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah di Dewan Rakyat Rabu.

Terdahulu, Ahmad meminta kerajaan menyatakan tahap kemajuan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (BCIC) dalam tempoh lapan tahun lalu berbanding komuniti Cina.

Dalam perkembangan yang sama Ahmad turut menjelaskan bahawa pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan tidak merencatkan pertumbuhan usahawan golongan bumiputera kerana agensi tersebut kini telah diletakkan di bawah 25 kementerian bagi menjayakan usaha itu.

“Ia diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang berkaitan, usaha itu penting untuk menjadikan mereka lebih proaktif, bukan tunggu usahawan datang, mereka sendiri perlu turun ke lapangan dan berjumpa dengan rakyat,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 12:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: