Kategori Berita Utama

Kerajaan pertimbang ‘BR1M ekstra’

15 NOV: Kerajaan berkemungkinan mempertimbangkan pemberian tambahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada mereka yang memenuhi syarat.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani ia sebagai langkah inisiatif bagi meringankan beban rakyat susulan kenaikan harga minyak yang kini mencecah RM2.31 seliter.

“Dulu tak ada BR1M, harga minyak RM2.70 sen, sekarang ada BR1M harga minyak RM2.31, kerajaan sedia maklum dan mungkin dengan peningkatan ini, kerajaan dapat lebihan yang kita boleh sumbangkan kepada golongan pendapatan rendah.

“Kemungkinan besar kerajaan akan membuat pertimbangan untuk memberi BR1M ekstra,” katanya dalam sesi pergulungan bagi peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, Rabu.

Mengulas lanjut Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata sejak pengapungan dilakukan, harga minyak menurun sebanyak 12 kali iaitu RM0.74sen dan naik sebanyak 19 kali yang berjumlah RM0.75 sen.

Tambah Johari, peningkatan harga minyak itu juga akan memberi impak kepada kadar inflasi, terutama sektor pengangkutan yang menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak 13.7 peratus.

“Bila harga minyak naik, harga petrol akan naik, secara tidak langsung, inflasi semasa akan naik tetapi inflasi teras masih sama, tiga tahun lepas teras inflasi 2.5 peratus, tetapi  inflasi semasa 4 peratus,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat dilaporkan berkatapemberian kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

Keseluruhan program BR1M itu akan  memberi manfaatt kepada tujuh juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion.

BR1M mula diperkenalkan pada 2012  dilaporkan memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan bantuan pukal sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada 2013, BR1M 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Manakala pada 2014, bantuan kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 November 2017 6:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: