Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan pertimbang pemberian bantuan aidilfitri penjawat awam

25 MEI: Kementerian Kewangan akan memberikan cadangan kepada Perdana Menteri berkenaan bantuan khas Aidifitri, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menurutnya keputusan serta jumlah bantuan tersebut yang khusus kepada golongan berjawatan rendah akan diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Untuk Hari Raya ini, ada yang bertanya tentang bantuan, tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi negara yang kurang baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan berdepan isu fiskal dan hutang negara, di mana kedudukan kewangan negara tidak selari dengan apa yang sebarkan kepada rakyat.

“Bagaimanapun,  janji hendaklah dipegang teguh walaupun ia bertembung dengan posisi fiskal negara,” kata Guan Eng (foto).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 May 2018 3:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: