Kategori Berita Utama

Kerajaan peruntuk RM2.9 bilion perkukuh PKS bumiputera

30 MAC: Sebagai bukti kerajaan komited untuk
mengukuhkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dikalangan para usahawan Bumiputera, Perdana Menteru hari ini mengumumkan peruntukan bernilai RM2.9 bilion untuk menjayakan usaha tersebut.

Daripada peruntukan tersebut Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia melibatkan lebih lebih 11 insentif baharu bagi menyokong PKS supaya lebih berdaya saing dan meningkatkan aktiviti perniagaan mereka sehingga ke peringkat lebih tinggi.

“Maka untuk mengukuhkan lagi tiang sokongan Kerajaan Barisan Nasional kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana, terutamanya para usahawan Bumiputera, hari ini saya berbesar hati mengumumkan 11 insentif baharu yang membawa nilai RM2.9 bilion,” katanya ketika berucap sempena Himpunan Usahawan Bumiputera di Bukit Jalil, Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Himpunan Usahawan Bumiutera (HUB) 2018 di Stadium Axiata,Bukit Jalil

Menurutnya lagi insentif terbesar yang diberikan adalah sebanyak RM500 juta kepada mereka yang mempergiat pembangunan usahawan Bumiputera dalam Industri Peruncitan dan Pengedaran dimana RM200 juta diperuntukan oleh kerajaan dan RM300 juta oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Insentif RM50 juta turut diperuntukkan untuk penyenaraian syarikat PKS dipasaran LEAP atau LIVE dimana setiap syarikat yang berjaya disenarai dan dimasukkan di dalam Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) dibawah SME Corp akan menerima geran RM500 ribu setiap satu.

Bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka juga, Najib juga mengumumkan pelanjutan Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) berjumlah RM50 juta dibawah MARA dan peruntukan Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) berjumlah RM50 juta.

Lebih menarik lagi, Najib turut melanjutkan lagi program Dana Mudahcara Bumiputera Fasa Kedua dengan peruntukan lanjutan sebanyak RM2 bilion mulai tahun ini.

“Dan dengan sukacitanya saya mengumumkan pelanjutan Dana Mudahcara Bumiputera Fasa Kedua dengan peruntukan lanjutan sebanyak RM2 bilion mulai tahun ini,” kata beliau.

Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan penubuhan Persatuan Bumiputera SME Malaysia atau ringkasnya BumiSME sebagai platform yang akan menyatukan semua PKS daripda pelbagai latar belakang dan industri dimana Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid dilantik Pengerusi Protem persatuan itu.

Satu ekspo mega melibatkan usahawan PKS juga diadakan apabila Najib mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk BumiSME menganjurkan Pesta Mega Tahunan Ekspo dan Jualan PKS Bumiputera Negara.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 March 2018 8:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: