Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan pinda Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953

24 OKT: Kerajaan akan meminda Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 bagi membolehkan tindakan lebih berkesan dan relevan untuk jangka masa panjang diambil dalam membendung kegiatan judi haram termasuk perjudian dalam talian, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara bagi melihat keperluan sama ada perlu melakukan pindaan sepenuhnya terhadap akta tersebut atau mewujudkan satu undang-undang judi yang baharu dalam bentuk pencegahan, khusus bagi jenayah perjudian dalam talian.

“Tumpuan khusus terhadap pemerkasaan undang-undang judi dalam talian perlu dibuat kerana aktiviti perjudian yang boleh dilakukan melalui telefon pintar itu didapati telah menguasai sebahagian besar aktiviti perjudian ketika ini,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian pada sidang media selepas menjayakan dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Kluster Keselamatan Bersama Belia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Dialog selama satu jam setengah itu dikendalikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku perantara.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 October 2017 9:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: