Kategori Berita Utama

Kerajaan prihatin kos sara hidup rakyat

24 FEB: Atas dasar tanggungjawab kepada rakyat, kerajaan BN sentiasa memantau serta mengambil langkah terbaik bagi memastikan harga barang dalam pasaran berada kadar berpatutan.

Berikutan itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata isu harga barang naik seperti didakwa sesetengah pihak disifatkan tidak berasas.

“Sebagai contoh, kita sediakan ikan sejuk beku atau ‘Q’Fish’ sebagai alternatif sekiranya berlaku peningkatan harga secara mendadak apabila nelayan sukar ke laut,

“Jadi, tidak timbul isu harga barang naik kerana kerajaan berusaha mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya hari ini.

Johari berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Program Jualan Sentuhan Rakyat di pekarangan Flat E Desa Pandan, ibu kota.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sementara itu, mengulas program hari ini, Johari menegaskan bahawa barang kawalan seperti beras, minyak masak dan gula dijual dengan harga yang sama walaupun program berlangsung di kawasan bandar atau luar bandar.

“Bagaimanapun, kita kena tengok juga lokasi dan ambil kira pelbagai faktor seperti kos pengangkutan sebelum turunkan harga barang mengikut kawasan masing-masing,” kata Ahli Parlimen Titiwangsa itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 February 2018 1:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: