Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rundingan dengan China tambah kapal cari MH370

12 FEB: Kerajaan sedang berunding dengan China untuk menambah kapal dalam misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai usaha itu perlu, memandangkan kini hanya terdapat empat kapal terlibat dalam misi pencarian pesawat malang itu.

“Setakat ini hanya ada empat kapal di Lautan Hindi Selatan. Kita akan memohon bantuan China dalam penghantaran aset mereka terutamanya kapal dalam mencari pesawat malang itu.

kapal go phoenix cari MH370“Sebagai pasukan antarabangsa, kita perlukan kerjasama dari semua negara terutamanya kerjasama kepakaran dunia dalam mencari MH370 yang dipercayai berada di bawah lautan 6,000 meter dalaman,” katanya kepada pemberita, Khamis .

Menurut Liow, kerajaan juga akan berbincang dengan Australia dan China mengenai program atau majlis sempena genap setahun kehilangan pesawat itu pada 8 Mac depan.

Pada 29 Jan lepas, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan pesawat MH370 yang hilang, secara rasmi diisytiharkan sebagai satu kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu dianggap terkorban.

Pesawat Boeing 777-200ER itu yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi, 8 Mac tahun lepas.

mh370Ia dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sementara itu, Liow mengarahkan MAS meningkatkan kerjasama dengan ahli keluarga mangsa pesawat MH370 dan mereka (ahli keluarga) perlu diberi penjagaan serta maklumat terkini mengenai misi pencarian pesawat berkenaan.

“Misi pencarian pesawat yang hilang itu akan diteruskan sekali gus mendapatkan jawapan berhubung punca kemalangan berkenaan,” katanya ketika ditanya mengenai keluarga mangsa MH370 dari China yang bercadang mengadakan protes di hadapan pejabat MAS dan berjumpa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS.

Media hari ini melaporkan sekumpulan keluarga mangsa MH370 dari China tiba di Malaysia untuk mengadakan protes terhadap pengisytiharan penerbangan MH370 sebagai satu kemalangan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 5:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: