Kategori Ekonomi

Kerajaan Sarawak mahu tubuh syarikat minyak

11 JUN: Kerajaan Sarawak sedang merancang menubuhkan syarikat minyaknya bagi kegiatan penerokaan minyak dan gas di perairan negeri itu.

Ketua Menterinya, Datuk Amar Abang Johari Openg, berkata beliau sudah membincangkan perkara itu dengan PETRONAS dan mendapat maklumbalas positif terutama untuk kegiatan huluan minyak dan gas, selain daripada hiliran.

“Saya sudah berbincang dengan PETRONAS, kita mengambil pendekatan baharu, Sarawak akan ambil bahagian dalam kegiatan huluan minyak dan gas, selain daripada hiliran.

“Huluan ini adalah kali pertama di mana kita akan tubuh syarikat kerajaan negeri untuk bersama-sama PETRONAS di dalam meneroka dan mengambil gas dan minyak di laut dekat Sarawak.

“Kita tubuh dulu syarikat kita, di mana kita akan bersama-bersama PETRONAS untuk menjalankan Kontraktor Pengaturan Petroleum dengan kontraktor yang akan mengambil minyak,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Beliau berkata, syarikat 100 peratus milik kerajaan negeri itu akan mempunyai entitinya sendiri serta akan berpangkalan di Sarawak.

Sebelum ini syarikat minyak dan gas dari Sarawak hanya terbabit dalam kegiatan hiliran membabitkan industri minyak dan gas di Bintulu dengan anggaran pelaburan sebanyak AS$2 bilion.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 June 2017 4:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: