Kategori Berita Utama

Kerajaan serap kos pengangkutan barang KR1M 2.0

21 MAC: Kerajaan menyerap kos pengangkutan barangan jualan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 bagi menyelaraskan harga barangan keperluan asas pada harga berpatutan di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi menjayakan inisiatif tersebut, kerajaan menyediakan peruntukan khusus kepada syarikat pengangkutan untuk pengedaran barangan jualan KR1M 2.0 termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Penyelarasan harga oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta penyerapan kos pengangkutan akan menyamaratakan harga jualan barangan di seluruh negara.

“Oleh kerana bukan sebuah syarikat sahaja yang mengendalikan KR1M 2.0 ini, kita dapati kos pengangkutan dan margin keuntungan dapat dikurangkan, namun apabila rakyat merasakan harga adalah di bawah pasaran, ia telah beri kesan yang cukup baik,” katanya.

Ahmad Zahid, yang juga pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, berkata kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk menyediakan bantuan kewangan dalam usaha mengurangkan kos pengangkutan serta pengedaran.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan outlet KR1M 2.0 kategori kedai serbaneka di KK Super Mart, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 March 2018 4:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: