Kategori Ekonomi

Kerajaan Terengganu tubuh Majlis Petroleum

10 OGOS: Kerajaan Terengganu mengumumkan penubuhan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) yang berfungsi melindungi hak dan kepentingan negeri dalam industri minyak dan gas.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pendekatan Terengganu berbeza dengan langkah kerajaan Sarawak yang menubuhkan syarikat minyak dan gas (PETROS).

Menurutnya penubuhan TPC sudah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 17 Mei lalu dan  mendapat perkenan Sultan Terengganu.

“TPC adalah sebuah entiti baharu yang akan bertindak sebagai platform bagi kerajaan negeri merencana, menyelaras, dan memantau urusan yang berkaitan dengan industri petroleum di negeri ini.

“Ia turut diberi mandat untuk mengkaji kemungkinan dan mengenal pasti potensi manfaat untuk rakyat di sepanjang nilai rantaian industri berkenaan,” katanya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Khamis.

Tambah Razif, TPC berada di bawah naungan Sultan Mizan Zainal Abidin dan dipengerusikan oleh Menteri Besar serta dianggotai oleh wakil pentadbiran negeri, GLC dan pemain industri.

Share This:




Berita Bertarikh pada 10 August 2017 6:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]