Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan terus majukan pengangkutan awam

5 OGOS : Kerajaan memberi jaminan untuk terus melabur bagi memperluas liputan rangkaian pengangkutan awam.

najib kl sentralKenyataan laman Facebook dan Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dibuat selepas beliau melakukan tinjauan bagi memahami masalah pengguna pengangkutan awam di KL Sentral petang Rabu.

“Di KL Sentral pengguna maklum mereka sedar usaha kerajaan tingkatkan efisiensi pengangkutan awam tetapi ada ruang untuk ditambah baik.

“Saya menerima baik pendapat semua dan beri jaminan kerajaan akan terus melabur untuk meluaskan liputan pm klrangkaian,” katanya yang turut memuat naik beberapa gambar sewaktu kunjungannya di KL Sentral.

Najib sewaktu pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) Mei lalu mengumumkan pembinaan Klang Valley Mass Rapid Transit Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bagi menambah baik pengangkutan awam yang lebih selesa dan berkualiti.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 August 2015 11:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: