Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan tetapkan harga siling penerbangan domestik Jun ini

19 MAC: Kerajaan akan menetapkan harga siling bagi mengawal harga tiket penerbangan domestik.

Berikutan itu menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi, kerajaan telah menggesa Suruhanjaya penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk menyelesaikan perkara itu sebelum pertengahan Jun ini.

“Dalam perkara ini kita akan membuat penetapan harga siling untuk domestik tapi kita tak tetapkan harga untuk antarabangsa setakat ini memang kita tidak kawal, tapi kali ini kerajaan akan kawal harga tambang domestik kerana semasa perayaan harga naik sehingga 5 kali ganda, sebab itu kerajaan dari awal meminta MAVCOM satu harga yang boleh tampung pengguna supaya dapat keluarkan harga yang berpatutan menampung harga isu yang kita bincangkan,” katanya bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul di Dewan Rayat, Isnin.

Terdahulu, Othman meminta kementerian menjelaskan apa langkah yang dibuat kerajaan apabila harga tambang penerbangan domestik melambung lima kali ganda sehingga mencecah RM800 pada satu perjalanan.

Menurut Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading lagi, pihaknya mengakui akan peningkatan harga itu malah bukan perkara yang baharu, namun kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya dalam menurunkan kadar tersebut.

“Mungkin kita akan turunkan pada kadar yang sewajarnya, MAVCOM dijangka selesaikan isu ini pada pertengahan tahun selepas itu ia dapat mengatasi masalah kenaikan harga,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama belau turut menyarankan agar para pengguna dapat merancang perjalanan dengan lebih awal supaya dapat membeli tiket penerbangan seawalnya bagi mengelakkan dikenakan harga yang tinggi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 March 2018 11:48 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: