Kategori Berita Utama

Kerajaan tiada kuasa percepat atau lambatkan siasatan 1MDB

2 OGOS : Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa bukan kuasa kerajaan untuk mempercepat atau melambatkan siasatan 1Malaysia Development Berhad oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan sebarang penyiasatan oleh Parlimen, apabila ia telah bermula, siasatan tersebut hanya boleh dihentikan apabila PAC telah membuat kesimpulan dan menyampaikan maklumat tersebut kepada ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya menerusi laman Facebook, Ahad.

rahman 1mdbMenurutnya, fungsi dan siasatan PAC juga tidak dihentikan hanya kerana beberapa ahli Parlimen bukan lagi menjadi anggotanya.

Hal itu katanya adalah kerana perlantikan mereka dibuat berdasarkan kredibiliti sebagai seorang ahli parlimen, bukan sebagai anggota PAC. 

“Berdasarkan perkembangan semasa, kita mungkin terpaksa menunggu sebelum PAC dapat meneruskan siasatan ke atas 1MDB.

“Ia dianggar kira-kira dua bulan kerana persidangan ketiga Parlimen hanya bermula pada awal Oktober ini bagi menentukan pengerusi baharu dan penggantian anggota PAC,” katanya.

Beliau mengulas rungutan dan tohmahan pembangkang berhubung siasatan ke atas 1MDB yang didakwa akan terjejas susulan perlantikan empat ahli PAC menganggotai kabinet. 

“PAC diwujudkan sejak merdeka dan kekal sebagai lambang demokrasi berparlimen. Ia akan kekal begitu selagi Parlimen berfungsi di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman sewaktu merasmikan persidangan perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak berkata, rakyat akan mendapat maklumat lebih jelas jika cadangan mewujudkan peraturan menghendaki parti politik mendedahkan senarai punca dana politik dilaksanakan.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata, tindakan itu adalah suatu proses reformasi yang perlu diambil setiap parti terutama pembangkang di negara ini bagi menepis dakwaan negatif selain mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti.

“Kalau menolak, jangan tekan UMNO untuk dedahkan itu ini. Perbetulkan dulu parti sendiri. Orang ramai juga ingin tahu dari mana sumber mereka dapat,” katanya yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Semalam, Perdana Menteri mencadangkan agar peraturan itu diwujudkan semula bagi memastikan parti politik lebih telus bukan hanya kepada anggota parti malah kepada penyokong parti mereka.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 August 2015 10:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: