Kategori Berita Utama

Kerajaan tidak akan tambat semula ringgit

23 JAN: Datuk Seri Najib Razak menegaskan tidak akan mengulangi langkah menambat ringgit seperti yang dilaksanakan kepimpinan sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, langkah menambat ringgit boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, bersandarkan kepada langkah yang dilaksanakan sebelum ini memperlihatkan pelabur dan pasaran global hilang keyakinan kepada negara.

Malah, tegasnya, negara terpaksa mengambil masa yang lama untuk meraih semula keyakinan pelabur.

Beliau berkata demikian pada Invest Malaysia 2018 di sini, hari ini.

Invest Malaysia kali ke-14 itu dianjurkan oleh Bursa Malaysia Bhd dan Maybank.

Dalam pada itu Najib memberi jaminan kerajaan akan sentiasa memastikan Malaysia menjadi negara mesra pelabur dan perniagaan.

Dengan sasaran itu, Perdana Menteri berkata, usaha akan ditingkatkan ke arah pengukuhan ketelusan, akauntabiliti dan keberkesanan.

“Kita perlu memastikan pasaran modal Malaysia kekal berdaya saing supaya pasaran dapat terus bergerak bagi membolehkannya berkembang dengan berkesan serta memenuhi kehendak pertumbuhan ekonomi.

“Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Bank Negara dan Kementerian Kewangan sentiasa memperkenalkan langkah menyokong bagi meningkatkan dinamis pasaran modal negara.

“Bagi mencapai objektif ini, saya memberi jaminan kita boleh jangkakan pengenalan langkah susulan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 January 2018 11:19 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: