Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan tidak henti bangun kemudahan pendidikan – TPM

17 MAC: Kerajaan tidak akan berhenti melaksanakan program pembangunan kemudahan pendidikan di kawasan luar bandar sebagai usaha memastikan taraf hidup kaum Bumiputera terus dipertingkatkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan menjelaskan, kerajaan BN sentiasa mencari pendekatan terbaik dalam memperluas peluang pendidikan di kalangan masyarakat Bumiputera.

muhyiddin“Kita (BN) telah banyak membuat pelaburan dalam menentukan anak bangsa Bumiputera maju di masa depan dan menyumbang kepada kemajuan negara.

“Selama ini kita telah melahirkan ramai anak Bumiputera yang berjaya dan kita mahu lebih ramai lagi anak Bumiputera ini berjaya,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) semasa berucap merasmikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Mukah, Sarawak, Isnin.

Hadir sama, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

PM SibuMengulas lanjut mengenai perkara itu, Muhyiddin memberitahu, kerajaan sedar masih banyak kawasan luar bandar kekurangan kemudahan pendidikan yang sempurna dan memerlukan pembelaan.

“Sehubungan itu, kita telah mewujudkan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan agar kaum Bumiputera dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat lain.

“Misalnya, kewujudan MRSM di kawasan luar bandar seperti Mukah jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan BN untuk melebarkan lagi peluang-peluang bagi anak Bumiputera untuk mendapat pendidikan,” katanya.

Mengenai permohonan projek pembangunan infrastruktur di Sekolah Kebangsaan (SK) Tellian dan SK Balingian, Muhyiddin berkata, beliau telah mengarahkan pihak berkaitan mempercepatkan permohonan itu bagi menampung keperluan pelajar yang semakin bertambah di situ.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 March 2014 7:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: