Kategori Berita Utama

Kerajaan tidak pernah lupa golongan belia

15 MEI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Negara (MBN) sentiasa mengambil peduli dan prihatin kepada belia-belia di negara ini kerana merekalah yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.

“Suara belia harus didengar, kerajaan mesti mendengar pendapat belia.

“Tetapi sampaikanlah pendapat dengan hikmah, kebijaksanaan dan menunjukkan peradaban kita sebagai orang muda,” katanya.

Menurutnya lagi, para belia dituntut untuk berganding bahu dan terlibat dalam barisan kepimpinan negara bagi mencapai ekosistem politik yang stabil, kuat dan harmoni.

“Tidak ada yang baru jika tidak ada yang lama.

“Kombinasi kepimpinan negara pelukan yang muda dan tua supaya ekosistem dan politik kita stabil.

“Kita kena semaikan semangat yang tua kita hormati dan yang muda kita sayangi, barulah kita akan mencapai kestabilan dan pengukuhan ekosistem politik kerana mempunyai gandingan muda dan lama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara 2017, di Putrajaya, Isnin.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Presiden Majlis Belia Malaysia Mua’ammar Ghadafi Jamal Wira Jamaludin.

Ahmad Zahid turut mengingatkan para belia supaya sentiasa aktif dan melibatkan diri dalam setiap program yang diadakan oleh MBN.

“Ajak kawan-kawan di kampung supaya libatkan diri dalam majlis belia. Ceburi setiap program yang dianjurkan kerana ini adalah tempatnya untuk melatih dan melahirka bakal kepimpinan negara,” ujarnya yang mengumumkan peruntukan geran RM10 juta untuk pentabiran MBN.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga meminta pihak KBS untuk melihat kembali komposisi kepimpinan MBN di seluruh negara supaya lebih seimbang dan melibatkan semua kaum di negara ini.

“Saya minta YB Khairy untuk melihat kembali perlembagaan MBN yang ada. MBN mesti lihat komposisi kaum dalam kepimpinan MBN agar semua kumpulan etnik diberikan kepedulian.

“Kita ada Parlimen di peringkat belia. Jadi kena lihat semula komposisi kaum ini,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 May 2017 2:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: