Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan UMNO-PAS di Selangor terbuka luas

3 MEI: UMNO Selangor sentiasa bersedia kepada sebarang kemungkinan berikutan keputusan muktamar PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Setiausaha UMNO negeri itu, Datuk Johan Abdul Aziz menyifatkan pihaknya terbuka kepada sebarang kerjasama dengan PAS jika diberi peluang.

“Siapalah yang tidak mahu duduk memerintah ini, itulah jawapan dia, jika kira bercantum ni mesti ada ikatan-ikatan sama juga dengan perkahwinan, ada mas kahwin, hantaran dan macam-macam.

“Pada masa yang sama, saya melihat kemelut politik antara PAS dan PKR memberikan satu kelebihan kepada Barisan Nasional untuk merampas kembali Selangor dalam pilihanraya,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Umno ke-71 peringkat Selangor, Rabu.

Pada ketika ini kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan PAS di negeri itu goyah selepas perwakilan parti Islam melulus tanpa bahas bagi memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR pada Muktamar PAS ke 63 pada Ahad lalu.

Sementara itu, beliau yang juga ADUN Semenyih berkata, pihaknya bersedia menghadapi PRN mengejut.

“Saya tak boleh mengandaikan berlaku atau tidak berlaku pilihan raya kecil negeri ini kerana itu hak kerajaan negeri dan juga ada kemungkinan besar dalam perlembagaan wujud di mana perlu diperkenankan kepada Tuanku Sultan.

“Tapi untuk UMNO, kami bersedia untuk apa-apa kes, kalau berlaku bubar negeri pun kita bersedia, kalau tunggu sampai pilihan raya umum pun kami bersedia,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 May 2017 9:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: