Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan wujud 3.6j peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan

23 FEB: Kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) telah berjaya membuka banyak peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Sektor perkhidmatan kini menyumbang sebanyak 54.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dengan jumlah nilai sebanyak RM1.5 trilion pada 2017.”

“Sektor ini menyediakan 3.6 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada pekerjaan berpendapatan tinggi dalam industri-industri antaranya eDagang, sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan penjagaan kesihatan,” katanya.

Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Usukan hari ini.

Menurut Salleh keupayaan kerajaan membuka jutaan peluang pekerjaan adalah hasil daripada dasar dan perancangan teliti yang mengambil kira perkembangan dunia semasa serta wujudnya suasana aman damai di negara ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 February 2018 11:50 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: