Kategori Berita Utama

Kerajaan yakin PH gagal batalkan projek mega dengan China

2 APRIL: Kerajaan sekali lagi menyatakan kebimbangan jika PH memerintah, mereka akan membatalkan segala projek mega yang dijalankan dengan negara China.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed perancangan pembangkang itu akan menyebabkan segala usaha kerajaan terjejas untuk meningkatkan ekonomi negara.

Bagaimanapun beliau secara jelas menyatakan keyakinan yang PH gagal untuk melakukan perkara itu kerana BN akan terus memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Dasar Malaysia tepat untuk menyokong One Belt One Road Initative’, Cuma kita bimbang dengan janji manifesto PH yang semua projek mega akan dikaji semula, kita yakin PH takkan memerintah, kalau nak kaji pelaburan pelabuhan Kuantan, solar di Melaka, Pulau Pinang, ia akan jejaskan hubungan dengan China.

“BN akan tetap ada hubungn yang baik termasuk peluang pernigaan Alibaba, 207 syarikat telah berjaya eksport ke negera China,” katanya bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Tanjong Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng di Dewan Rakyat, Isnin.

Terdahulu, Jeck Seng meminta kementerian menyatakan adakah kerajaan akan membuat analisis kepentingan negara untuk ‘One Belt One Road Intiative’ dan apakah mekanisme dasar telah dilaksanakan untuk merealisasikan insiatif ini dan memastikan dan memastikan rakyat dapat menikamati manfaat tersebut.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata dlaam hal tersebut Malaysia antara negara yang paling kuat menyokong dasar tersebut kerana ia memberi impak positif yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi masyarakat dan negara.

“Malaysia paling kuat sokong dasar ini kerana China adalah sebuah negara pesat, saiz ekonomi besar, kadar pertumbuhan tertinggi selama 20 tahun pegang rekod didahului India, jadi adalah wajar Malaysia jalin hubungan yang baik dengan China, peratusan ekosport kita meningkat sebanyak 20.6 peratus.

Bayangkan kalau kita berkelahi dgn China apa akan menimpa peneroka FELDA,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 April 2018 12:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: