Kategori Berita Antarabangsa

Kerana makanan segera, pelajar bunuh rakan sebilik

24 OKT: Disebabkan bertengkar berkenaan makanan segera, seorang penuntut universiti di Ohio, Amerika Syarikat sanggup menikam rakan sebiliknya sehingga mati.

Pelajar dari University of Akron, Kendal Scheid, 23 mengaku bersalah atas dakwaan membunuh secara rela terhadap Duncan Uternaher, 23 yang juga merupakan rakan sebiliknya pada Isnin lalu.

Pejabat Pendakwa Raya Summit County berkata Scheid menikam tepat ke dada mangsa.

Menurut pihak polis, Scheid dan rakannya berada dalam keadaan mabuk sebelum berlaku pertengkaran kerana makanan segera yang sedang dinikmati bersama di sebuah apartment pada Disember lepas.

Namum, Peguam Scheid berhujah bahawa kejadian itu adalah kemalangan yang tidak disengajakan’. Tambahnya, kedua-dua rakan terbabit sudah menjadi rakan sebilik sejak dua tahun lagi.

Suspek berhadapan hukuman penjara selama 11 tahun jika bersalah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 October 2017 12:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: