Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerani diarah buat laporan surat palsu cemar kemuliaan DUN

5 FEB: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk SK Devamany pada Rabu berkata sepucuk surat palsu yang mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan, keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diterimanya pada Selasa mencemar kemuliaan DUN Perak

Sehubungan itu beliau mengarahkan kerani di pejabatnya membuat laporan polis berhubung penerimaan surat berkenaan untuk siasatan lanjut.

Penghantaran surat peletakan jawatan palsu pada Selasa cabar kemuliaan DUN Perak - Datuk SK Devamany

Penghantaran surat peletakan jawatan palsu pada Selasa cabar kemuliaan DUN Perak – Datuk SK Devamany

Devamany berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak di Ipoh hari ini.

Kesavan semalam menafikan beliau keluar dari PKR seperti dalam surat yang tersebar kononnya sudah memaklumkan mengenainya kepada Speaker DUN.

Surat palsu itu disebarkan semalam ketika PKR sedang berkira-kira  akan mengekalkan kemenangan dalam  PRK DUN Kajang, sekaligus menggemparkan ramai pihak.

Pejabat SUK berkenaan ketika dihubungi mengesahkan menerima surat berkenaan dengan Kesavan kononnya memberi alasan hilang kepercayaan dan tidak berpuashati terhadap kepimpinan PKR.

Bagaimanapun, dua jam kemudian Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan bahawa surat tersebut adalah palsu.

Malah, Adun berkenaan turut dinasihatkan membuat laporan polis berhubung surat palsu itu.

S Kesavan ADUN PKR Hutan Melintang

S Kesavan
ADUN PKR Hutan Melintang

Sementara itu Kesavan turut membuat laporan polis berhubung surat berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Rabu.

Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan berkenaan, beliau mendakwa kemungkinan surat palsu mendakwa dia keluar dari PKR itu dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan perkahwinannya.

“Saya percaya ini satu cubaan untuk mengganggu tumpuan sebelum saya berkahwin pada Isnin minggu depan,” kata beliau.

Kesavan, 42, yang juga Ahli Majlis Tertinggi PKR akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya pada 10 Februari ini.-bnbbc.my

Surat palsu yang diterima Pejabat Speaker DUN Perak pada Selasa

Surat palsu yang diterima Pejabat Speaker DUN Perak pada Selasa

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 February 2014 12:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: