Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kereta bertembung bas ekspress, lima sekeluarga maut

12 DIS: Lima sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki terkorban selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung sebuah bas ekspres berhampiran persimpangan Melayu Raya, Johor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baharu Segamat, Mohd Aizah Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.11 petang tadi.

Menurutnya ketika bmba tiba di lokasi kejadian, pemandu dan penumpang tersepit dalam Perodua Viva berkenaan.

“Pihak kami menggunakan peralatan pemotong khas bagi mengeluarkan lima mangsa.

“Bagaimanapun, empat penumpang di dalam kereta terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi ketika dalam perjalanan ke hospital,” lapor BH Online, Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat dilaporkan berkata siasatan menyeluruh mengenai kemalangan itu adalah mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 December 2017 9:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: