Kategori Berita Antarabangsa

Kereta Cat-Dog jadi perhatian ramai

25 JAN: Kereta dua enjin yang menyerupai animasi ‘Cat-Dog’ tular di media sosial apabila kemunculannya di Bandung, Indonesia mendapat perhatian ramai.

Laporan portal berita Detikoto menyebut kereta itu direka oleh seorang mekanik, Roni Gunawan yang berkata kenderaan itu direka bukanlah untuk kegunaan harian.

“Saya memotong dua bahagian kenderaan dan mencantumkan pada bahagian hadapan sahaja.

“Kos penyelenggaraan yang diperlukan untuk memodifikasi kenderaan ini adalah sekitar 60 juta Rupiah (RM17,645),” ujarnya.

Kenderaan ciptaan Roni, 71, dilihat sangat kreatif  dan dia mendakwa belum pernah ada mana-mana individu yang cuba tampil menghasilkan rekaan yang sama.

“Selain memiliki dua nombor plat, kereta itu tetap mengekal dua enjin, dua transmisi dan dua pedal pada bahagian hadapan masing-masing,” ujar Roni.

Walau bagaimanapun menurut portal Detikoto, kereta berkenaan ditahan oleh polis tempatan kerana tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 January 2018 10:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: