Kategori Berita Antarabangsa

Kereta pandu sendiri Uber rempuh wanita melintas

20 MAC: Sebuah kereta pandu sendiri Uber merempuh dan membunuh seorang wanita yang sedang melintas jalan di Arizona, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Ini kemalangan maut pertama diakibatkan oleh kenderaan itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada teknologi yang dijangka mengubah sistem pengangkutan itu.

Menurut polis, mangsa Elaine Herzberg, 49, sedang menyorong basikalnya di luar laluan melintas di jalan raya empat lorong dekat pinggir bandar Phoenix dekat Tempe kira-kira jam 10 malam waktu tempatan sebelum dia dilanggar kenderaan Uber berkenaan yang bergerak pada kelajuan 65 kilometer sejam.

Tambah polis, Herzberg kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaannya di sebuah hospital.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 March 2018 9:30 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: