Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kereta rempuh pembahagi jalan, 4 bakal komando parah

23 JUN: Kegembiraan empat anggota tentera untuk pulang berhari raya menjadi duka selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Bukit Lintang, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), hari ini.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, semua mangsa berusia 21 hingga 22 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Melaka ke Muar, Johor untuk bercuti sempena.

Kesemua mereka baharu selesai menjalani kursus komando di Kem Sungai Udang, dilaporkan cedera parah di kepala dan badan selepas tersepit dalam kereta berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, Khairudin Atan, berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.55 pagi sebelum sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba Jalan Kubu dan Balai Bomba Merlimau dikerah ke tempat kejadian.

“Sejurus tiba, anggota bomba mendapati Perodua Myvi terbabit remuk teruk selepas merempuh kanan besi pembahagi jalan.

“Anggota bomba terpaksa menstabilkan kenderaan terlebih dulu bagi mengelakkan terjatuh, sebelum kerja menyelamat mangsa dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata siasatan awal mendapati kenderaan itu dipercayai terbabas disebabkan jalan yang licin selepas hujan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, Jumaat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 June 2017 5:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: