Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kereta Rolls Royce Aliff Syukri disita

1 JAN: Kereta Rolls Royce yang dipercayai milik usahawan terkemuka, Datuk Aliff Syukri antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, kereta yang disewa warganegara Australia itu disita pada jam 11 malam kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Pemeriksaan lanjut JPJ mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman kerana menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi.

Menurutnya, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM sebenar.

“LKM Sarawak hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” katanya malam tadi.

Sementara itu, sebanyak 2,080 kenderaan diperiksa dalam operasi bermula 8.30 malam disekitarJalan Bangsar dan Jalan Genting Klang di ibukota.

Dalam operasi membabitkan pelbagai agensi penguatkuasaan, sebanyak 297 kenderaan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan, antaranya menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, LKM tamat tempoh dan tiada lesen memandu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 January 2018 12:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: