Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kereta Thanabalan ditemui

2 FEB:  Polis sudah menemui kereta Proton Iswara milik pemain skuad Harimau Malaya, N Thanabalan di sebuah stesen minyak di Ampang, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata kenderaan itu ditemui sekitar jam 3 pagi tadi.

“Buat masa ini, kita sedang mengumpulkan segala maklumat bagi menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenalpasti suspek yang terbabit.

“Siasatan dilakukan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak,” katanya yang dipetik.

Pada Khamis, kereta berkenaan dilaporkan hilang selepas pemain pasukan Negeri Sembilan itu meletakkan keretanya tidak jauh dari Batu Caves, ketika menghadiri sambutan Thaipusam.

Thanabalan yang menaiki kereta itu bersama keluarganya dari Senawang, Seremban, dilaporkan meletakkan kereta berkenaan pada jam 3 pagi.

Beliau kemudian membuat laporan polis susuan kehilangan kereta yang dibeli dua tahun lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 February 2018 1:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: