Kategori Berita Antarabangsa

Keris ditemui di Wales

5 MEI: Seorang pemilik perahu kuno menemui sebilah keris dipercayai dari kurun ke-18 yang tersangkut pada pukatnya di Sungai Towy, Wales.

Lapor dailymail.co.uk pada KhamisAndrew Davies berkata beliau tidak menyangka batang besi itu mempunyai nilai sejarah.

“Pada suatu malam saya bekerja dengan perahu saya, jaring saya seolah-olah tersangkut sesuatu, ketika menariknya, saya dapati terdapat sebatang besi tersangkut.

“Apabila melihat besi itu, saya betul-betul terkejut kerana tidak menemui benda seumpama ini,” katanya.

Andrew kemudiannya membawa penemuan itu kepada pihak muzium berdekatan dan kemudianya dikenalpasti sebagai keris.

“Perkara ini sangat menarik, saya ingin  tahu bagaimana keris ini berada di sini,” kata beliau.

Senjata seumpama seperti ini berkait rapat dengan kebudayaan rumpun Melayu yang berasal dari Malaysia, Thailand, Brunei, Singapura dan Filipina.

Sementara itu Wales Online melaporkan Kurator Carmarthenshire Museum, Gavin Evans berkata, beliau telah menghantar beberapa keping gambar keris berkarat itu ke sebuah muzium di London untuk dikaji.

“Saya belum menerima sebarang penjelasan daripada pihak muzium.

“Pada awalnya, saya ingat keris ini berasal daripada Romawi, namun setelah menelitinya lebih terperinci dengan bentuk eksotiknya yang membuatkan saya percaya ianya berasal dari Asia Tenggara atau Malaysia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 May 2017 10:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: