Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerja berhati-hati sebab bangunan Warisan

Kerja-kerja pembesaran serta naik taraf bangunan Parlimen tidak boleh dilakukan tergesa-gesa kerana bangunan itu tersenarai sebagai bangunan Warisan.

Itu antara penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Shahidan Kassim mengenai rungut ahli-ahli Parlimen berhubung kelewatan kerja-kerja menaik taraf bangunan Parlimen yang dijangka siap pada 2016.

parlimen1Ketika menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat pada Khamis, katanya, beliau sendiri mahu kerja-kerja itu disegerakan memandangkan keadaan tidak selesa ketika persidangan sekarang termasuk tempat yang sempit serta masalah-masalah kekurangan lain antaranya tempat ahli-ahli Parlimen.

“Kena jaga (berhati-hati). Sekarang kerja baiki bumbung utama. Itu penting kerana bimbang ia runtuh masa kita semua berbahas. Ikut jadual, ia siapa hujung September ini,” katanya.

Menurut beliau, -kerja kerja lain akan dilakukan secara berperingkat-peringkat manakala kerja pembinaan utama akan bermula Februari tahun depan.

Katanya, apabila kerja-kerja sepenuhnya dilakukan kelak, bangunan empat tingkat  Parlimen akan ditutup kecuali bangunan menara pejabat.

“Agak jauh jika berjalan kaki tetapi bagus untuk ahli-ahli Yang Behormat yang mahu mengurangkan berat badan. Kita shahidanakan sediakan kenderaan jika perlu dari bangunan menara ke Dewan persidangan sekarang,” katanya.

Bagi mengatasi kekurangan tempat untuk ahli-ahli Parlimen, Shahidan berkata, pihaknya akan memikirkan lokasi sesuai termasuk di tapak peliharaan rusa.

“Sesuai atau tidak di tempat itu, kita tentukan nanti,” katanya. -26/9/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 September 2013 6:45 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: