Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerja runtuh tol Batu 3, Rasau selesai Mac

19 JAN: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan semua kerja-kerja meroboh struktur Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau di Shah Alam akan diselesaikan pada penghujung Mac depan.

Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail berkata PLUS masih dalam proses memuktamadkan pemilihan kontraktor berkelayakan bagi pelaksanaan kerja-kerja perobohan itu sejak tender dibuka pada Disember lalu..

“Setelah kontraktor dilantik, kerja-kerja merobohkan struktur fizikal kedua-dua plaza tol itu akan dimulakan selepas Tahun Baharu Cina bulan depan dan berdasarkan jadual, proses perobohan dijangka selesai pada hujung Mac.

“Ini berikutan kerja-kerja tersebut perlu dilakukan secara berperingkat  memandangkan ia dilaksanakan dalam persekitaran lalu lintas yang sentiasa bergerak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bermula 1 Jan, kutipan di kedua-dua plaza tol itu dimansuhkan susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2018 pada Oktober lepas.

Terdahulu gesaan meruntuhkan struktur itu dibuat, susulan berlaku kemalangan meragut dua nyawa di Plaza Tol Batu Tiga pada Isnin lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 January 2018 2:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: