Kategori Berita Utama

Kerusi DUN Kajang kekal calon MCA, bilik gerakan dilancar Ahad

13 FEB: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Mac ini kekal milik parti tersebut.

Menurutnya, tiga nama termasuk seorang wanita telah disenarai pendek oleh MCA untuk diserahkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum diumumkan sebagai calon kerusi DUN Kajang.

“Kita sudah membuat senarai pendek calon yang akan mewakili MCA nanti namun, pengumumannya akan di lakukan oleh Pengerusi BN,” katanya pada sidang akhbar, Khamis.

weekasiong

Wee Ka Siong dilantik Pengerusi JK PRK DUN Kajang

Mengulas mengenai persiapan parti tersebut dalam PRK DUN Kajang, beliau yakin, MCA akan kembali merampas kerusi tersebut.

“MCA telah membuat persiapan rapi dengan komitmen yang tinggi serta yakin dapat merampas semula kerusi berkenaan dan menyertai DUN di Selangor.

“Saya sudah mengarahkan Timbalan Presiden, Datuk Wee Ka Siong sebagai Pengerusi Jawatankuasa PRK DUN Kajang untuk melakukan pelbagai aktiviti dan persiapan khas,” ujarnya.

Tambahnya, MCA juga akan melancarkan bilik gerakan PRK DUN Kajang pada Ahad ini selain mengarahkan semua ahli jawatankuasa pusatnya menjadi bapa angkat kepada 16 Pusat Daerah Mengundi serta memberikan sepenuh bantuan sepanjang kempen berlangsung.

Dalam perkembangan lain, Tiong Lai turut mengumumkan bahawa parti tersebut akan mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) pada 23 Februari ini.

Katanya, mesyuarat berkenaan akan membincangkan dan mendapat keputusan sebulat suara daripada semua perwakilan sama ada parti tersebut akan kembali menyertai kabinet atau sebaliknya.

“Saya menggunakan kuasa sebagai Presiden di bawah Artikel 31 perlembagaan parti memendekkan tempoh iaitu selama tujuh hari untuk memanggil para perwakilan bagi menyertai EGM tersebut.

“Ia diadakan bersekali dengan sambutan ulang tahun penubuhan parti ke 64 di mana bermula pukul 9 pagi hari tersebut kita akan mengadakan majlis sambutan ulang tahun sebelum diteruskan dengan EGM pada pukul 11.30 pagi,” ujarnya. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2014 9:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: