Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kes ADUN PKR pukul bekas bendahari parti didengar Khamis

25 FEB: Lagi berita mengenai kecelaruan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perbicaraan berhubung tuntutan ganti rugi membabitkan bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, K.S. Kottapan yang mendakwa dipukul oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar akan didengar di Mahkamah Sesyen Shah Alam Khamis ini.

Kottapan mendakwa ditumbuk dan ditendang beberapa kali oleh Dr. Xavier yang ketika itu anggota Exco kerajaan negeri Selangor pada pemilihan PKR bagi Cabang Kota Raja pada 26 September 2010.

Dalam insiden yang berlaku di Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA), Bukit Naga itu Dr. Xavier bertanding mencabar Kottapan bagi merebut jawatan ketua cabang PKR Kota Raja.

Susulan itu, Dr Xavier dan Kottapan masing-masing membuat laporan polis dengan Dr. Xavier menafikan perkara itu.

Insiden tercetus apabila Kotappan mendakwa pemilihan PKR cabang Kota Raja, Klang, yang dimenangi Dr Xavier tidak sah kerana hanya diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

PKR kemudiannya memecat keanggotaan bekas bendahari PKR Selangor itu berkuatkuasa 18 Januari 2011 melalui surat pemecatan yang dikirim menerusi e-mel daripada pejabat Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution Ismail.-bnbbc.my

Kottapan dipukul Dr Xavier

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 February 2014 2:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: