Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kes bunuh stesen minyak, polis buru 9 suspek

10 JAN: Polis Johor sedang memburu sembilan suspek baharu yang dikenalpasti terbabit dalam pembunuhan kejam seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, pada 17 Disember lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 40 tahun itu dipercayai daripada kumpulan kongsi gelap yang sama.

“Kita percaya semuanya mempunyai peranan dalam kes dan mereka juga mempunyai rekod jenayah.

“Waran tangkap sudah dikeluarkan dan kita memohon orang ramai supaya memberikan kerjasama sekiranya mempunyai maklumat mengenai mereka berikutan polis akan mengeluarkan gambar dan identiti kesembilan-sembilan mereka,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam selepas menghadiri Majlis Penyampaian Amanat kepada warga polis Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian hari ini.

Pada masa sama, Khalil juga percaya kesemua suspek masih berada dalam negara.

Dalam kejadian 7.30 malam, mangsa yang berusia 40-an maut selepas ditikam, dilanggar dan digilis sekumpulan empat lelaki yang dipercayai merupakan anggota kumpulan kongsi gelap.

Berikutan kejadian, seramai 15 suspek telah ditahan bagi membantu siasatan dan dua daripadanya akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok untuk dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 January 2018 9:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: