Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kes Anwar urusan mahkamah bukan kerajaan :TPM

11 MAC: Memang pembangkang hendak menjadikan pilihanraya kecil DUN Kajang sebagai medan untuk mereka membelasah kerajaan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan meliwat pembantunya pada 2008 Jumaat lalu.

Namun bagi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat termasuk pengundi Kajang faham bahawa kes Anwar itu merupakan urusan antara beliau dan mahkamah, tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

“Saya fikir rakyat tahu apa pun yang sedang berlaku. Mereka sudah terbuka dan melihat sistem yang telus. Semua orang boleh tahu sistem penghakiman kita bebas.

calon256

Muhyiddin mengiringi Chew Mei Fun ke pusat penamaan calon

“Ini bukan soal kaitan antara mahkamah dengan kerajaan atau pihak Anwar dengan kerajaan. Tidak.ada kena mengena dengan kerajaan. Ini urusan mahkamah antara pihak tertuduh dengan yang dituduh,” tegas dalam sidang media selepas selesai penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Bandar Baru Bangi Selasa.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai bagaimana kerajaan hendak menjawab dakwaan pembangkang kononnya sistem kehakiman Malaysia tercemar.

Sebaliknya kata Muhyiddin perbalahan besar dalam pakatan pembangkang yang cuba disembunyi daripada pengetahuan rakyat memberi kelebihan kepada BN bagi membuat kejutan dalam pilihanraya DDUN Kajang 23 Mac ini.

Menurutnya sehubungan itu kempen BN akan turut menonjolkan kemelut yang dihadapi pembangkang itu.

“Pakatan pembangkang fikir mereka gabungan yang mantap sedangkan jelas berlaku perbalahan besar, sama ada dari segi dasar mahupun antara kepimpinan.

“Jadi ini peluang besar untuk kita laksanakan gerakan lebih ofensif bagi menjelaskan perkara yang dibangkitkan lawan mengenai BN, selain isu yang membelenggu pakatan itu,” katanya.

Beliau juga menolak dakwaan persidangan Parlimen yang sedang berlangsung ketika ini boleh mengganggu kelancaran kempen kedua-dua parti bertanding.

“Parlimen tetap akan berlangsung seperti biasa, malah kempen pilihan raya yang diadakan ketika Parlimen bersidang juga bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana perkara sama pernah berlaku sebelum ini,” katanya

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 March 2014 5:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: