Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kes penderaan: SOP majikan, pembantu rumah ditambah baik

20 MAC: Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) memberi jaminan akan terus pantau jika terdapat aduan kes penderaan pembantu rumah di negara ini.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot perjanjian di antara majikan dan pekerja juga akan dilihat semula serta Prosedur Operasi Standard (SOP) akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa.

“Kerajaan amat memandang berat insiden penderaan yang melibatkan pembantu rumah asing.

“Kes yang berlaku ini merupakan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan melanggar norma-norma manusia serta melanggar etika oleh mana-mana pihak,” katanya ketika menggulung perbahasan Titah Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat pada Selasa.

Tambahnya kerajaan Malaysia berpendirian tindakan sewajarnya ke atas suspek yang terlibat dalam kes penderaan juga akan diambil bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan dan tidak akan ditoleransi dengan perlakuan yang tidak berperikemanusiaan ini.

“Malaysia adalah Negara yang berdaulat dalam menghormati hak manusia.

“Pelembagaan manusia menjamin hak berasa selamat dan dilindungi setiap masa tidak kira mereka warga tempatan mahupun warga asing.

“Oleh yang demikian pihak kerajaan melalui undang-undang sedia ada akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana orang yang melakukan penderaan,” katanya lagi.

Menurut Riot kerajaan Malaysia dan penguatkuasaan juga tidak akan melindungi bukan sahaja pembantu rumah dan pendakwaan dan pengadilan akan dibuat di Malaysia.

“Kerajaan Indonesia perlu yakin bahawa Negara ini adalah sebuah Negara yang tegas pada pihak yang melakukan penderaan hingga menyebabkan kematian pembantu rumah Indonesia Adelina yang mengalami kecederaan sehingga mati ketika menerima rawatan di hospital Bukit Mertajam,” katanya.

Sementara itu berhubung Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) statitistik Jabatan Imigresen menunjukkan pada tahun 2015 sebanyak 2,135,035 dikeluarkan dan pada 2016 sebanyak 1,866,369 manakala pada 2017 1,781,598 orang.

“Berdasarkan rekod pengeluaran PLKS sehingga 31 Januari 2018 adalah sebanyak 1,760,674 dan daripada jumlah tersebut Indonesia mencatatkan yang tertinggi iaitu 708,048 diikuti dengan Negara Nepal 383,492 dan Bangladesh 263,594.

“Penggajian pekerja asing hanya diluluskan kepada enam sektor iaitu pembangunan, pertanian, perladangan, perkilangan, perkhidmatan dan perlombongan,” ujarnya.

Kerajaan juga menurut Riot telah meletakkan syarat mana-mana majikan yang ingin memohon pekerja asing perlu mendapat surat perakuan dari Jabatan Tenaga Kerja serta mendaftarkan kekosongan melalui portal Jobs Malaysia terlebih dahulu untuk diberi keutamaan kepada rakyat Malaysia.

Antara lain majikan juga perlu menyediakan keperluan asas yang mencukupi seperti penyediaan perumahan pekerja yang lebih sempurna sebagai pra syarat permohonan penggajian pekerja asing. Kewajipan ini adalah bagi memastikan majikan-majikan yang layak sahaja diperakukan untuk kelulusan menggajji pekerja asing.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 March 2018 5:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: